Adira Sedih
Saya tidak pernah menganggu kebahagiaan orang dan perkahwinan ini bukan saya yang pinta, kata Adira kepada media apabila diajukan soalan mengenai perasaannya. Kami mendapat berita bahawa mereka baru saja bertemu sebanyak dua kali dan Datuk Sri Adnan terus meminangnya.
"Saya boleh terima sesiapa sahaja asalkan dia boleh terima ibu dan keluarga saya seadanya. Jikalau dia boleh terima saya dan keluarga saya yang miskin ini, mengapa saya tidak boleh endahkan pandangan orang ramai?"
Adira sangat sedih apabila dia digelar perampas suami orang sedangkan itu bukanlah cerita yang sebenar. Dia menjadi mangsa keadaan hanya kerana statusnya sebagai isteri kedua.
"Sebagai orang ketiga, saya harus banyak mengalah dalam hubungan ini dan saya sangat bahagia apabila keluarga suami dan isteri pertama boleh terima kehadiran saya dengan baik sekali tanpa sebarang masalah dan saya amat bersyukur dengan penerimaan mereka.
Seharusnya janganlah kita jangan cepat fikir bukan-bukan hanya kerana banyak point atau keadaan yang seakan mengiyakan cerita kita. Jangan buat lagi tau semua :)


0 Response to "Adira Sedih"
Post a Comment